Tuesday, October 12, 2010

Garam Buluh


KANDUNGAN UTAMA DALAM GARAM BULUH DAN KESANNYA
Berikut adalah penjelasan tentang kandungan zat yang terdapat didalam Garam buluh.
  1. NATRIUM-Merupakan ion positif. 2/3 daripada kandungan Natrium terdapat didalam tulang dan gigi manusia dan bakinya didalam darah.  Natrium berfungsi mengawal kealkalian bendalir dan juga mengawal tekanan keterlarutan serta meningkatkan fungsi sistem saraf dalam menghantar maklumat ( impuls ).Natrium yang berlebihan akan menyebabkan penyakit berbahaya tetapi sekiranya berkurangan, ianya akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.Pertama, tulang dan gigi akan menjadi rapuh seterusnya darah menjadi kurang. Apabila serius ianya akan menjadikan fungsi sel dan seks menjadi lemah.  Selain itu kekejangan otot, rasa mual, muntah, cirit birit dan sakit kepada adalah antara tanda-tanda kekurangan Natrium.
  2. KLORIN-Ion negatif, kandungan utama dalam otak, bendalir tulang sum-sum dan perut.  Ianya menggunakan protein dalam perut untuk mengawal kuasa larutnya.Kekurangan selera makan, ketidakhadaman, mual dan cirit-birit adalah kesan akibat daripada kekurangan klorin.
  3. KALIUM-Kalium berfungsi untuk meningkatkan tenaga dan mempercepatkan gabungan gula, hati dan protein. Natrium merupakan musuh kepada penyakit tekanan darah tinggi.  Apabila pengambilan Natrium berlebihan, Kalium akan menyingkirkan Natrium keluar daripada badan. Jika sebaliknya berlaku, fungsi Kalium akan menurun. Tanda-tanda kekurangan kaliaum adalah berlakunya pengecutan otot dalam jantung dan sistem pernafasan, ketidakhadaman, sakit kepala, mual, muntah, cirit birit dan mudah pemarah.
  4. KALSIUM-99% Kalsium bertujuan untuk mengekalkan dan menghasilkan tulang dan gigi.  1% akan menjadi ion positif yang larut dalam darah untuk membantu dalam pembekuan darah, penghasilan hormon, pembelahan sel ( sel division ), antibodi, meningkatkan penghantaran maklumat ( sistem saraf ) serta pembentukan susu ibu. Kekurangan kalsium akan membawa kepada osteoporosis, tekanan darah tinggi, pengerasan arteri, keletihan, ketidakstabilan perasaan, kulit tidak cantik dan alergi.
  5. MAGNESIUM-Magnesium berfungi untuk menghalang pembentukan batu karang dalam buah pinggang dan pun di hempedu serta meningkatkan fungsi otot dan sistem saraf. Selain itu akibat daripada kekurangan magnesium adalah tanda-tanda seperti botak dan  penyakit kulit. Risiko serangan jantung juga meningkat.
  6. FERUM-Memainkan peranan penting dalam penggabungan sel darah merah dan pigmen merah.  Fungsi pigmen merah adalah membawa oksigen. Jad, pigmen merah tidak dapat dihasilkan ketika kekurangan Ferum, maka berlakulah keadaan kekurangan oksigen dalam badan.  Tanda-tanda seperti muka pucat, asma dan kesejukan adalah tanda yang muncul akibat daripada kekurangan FERUM. Ferum merupakan mineral yang sukar diterima oleh badan terutamanya, wanita.   Akibat daripada kehilangan darah yang banyak ketika haid, pengambilan Ferum wajarlah diambil perhatian. Pengambilan ferum yang cukup akan meningkatkan antidbodi, menghilangkan keletihan serta mencegah anemia.
  7. PLUMBUM-Berfungsi untuk mengekalkan dan menghasilkan tulang dan gigi, ianya juga berfungsi membantu metabolisma Kalsium.  Kekurangan selera makan dan kesakitan sendi adalah disebabkan kekurangan Plumbum.
  8. SULFUR-Mineral utama dalam penggabungan protein.  Selain itu, Sulfur juga membantu dalam penghasilan hormon dan pengaktifan vitamin juga meneutralkan kesan dadah dalam badan.  Ini dapat membantu menghalang daripada serangan virus. Sulfur juga adalah faktor utama dalam pembentukan insulin dan bendalir dalam pundi hempedu. Kekurangan sulfur akan menyebabkan badan menjadi lemah, berlakunya masalah penghadaman dan halangan dalam pertumbuhan.
  9. LEMAK BULUH-Sejak daripada dahulu, penduduk Jepun telah menggunakan buluh untuk menyimpan makanan. Daun buluh berfungsi untuk membasmi kuman.Lemak buluh berfungsi untuk menurunkan suhu badan.
  10. TANAH-Seperti yang kita ketahui, tanah membekalkan kandungan zat bagi tanaman.  Apabila berlakunya kemarau, selepas kehabisan semua bekalan makanan, manusia boleh makan tanah.  Tanah boleh dimakan dan dapat membantu mengekalkan suhu badan.Tanah yang digunakan dalam penghasilan garam buluh dari Korea, adalah tanah yang sangat baik dan berfungsi mengurangkan cirit birit dan sakit perut. Semasa penghasilan Garam Buluh, tanah kuning digunakan menyaluti mulut buluh yang telah diisikan garam. Selepas proses pembakaran, kandungan zat dalam tanah akan menyerap ke dalam garam.


 

















TERAPI MENURUT PENYAKIT

Garam buluh mempunyai banyak kelebihan kerana ianya berasaskan semulajadi.  Garam Buluh yang diamalkan dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit, antaranya :



1.
Penyakit Organ Dalaman
Gastrik, ulser dalam duodenum, kanser hati
2.
Kanser
Kanser hati, kanser esofagus, kanser lidah, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payu dara, kanser uterus, kanser rektum, kanser usus, tumor.
3.
Penyakit berkaitan Pernafasan
Tracheitis ( Trakea ), Pneumonia, asma
4.
Penyakit yang boleh tersebar
Cacar, culosis
5.
Penyakit kulit
Campak, Ekzema, ruam panas, jerawat, tumor dan kaki berbau.
6.
Penyakit Berbahaya
Tekanan Darah Tinggi, Diabetes
7.
Penyakit Mata
Katarak, Glukoma, membrane.
8.
Penyakit Telinga dan hidung.
Hidung dan telinga bernanah
9.
Lain-lain
Kerosakan gigi, selsema, strok, luka akibat terbakar, buasir, cirit-birit dan badan berbau.                              

No comments:

Post a Comment